Pengikut

Khamis, 24 Disember 2015

Menulis Blog


Assalamualaikum dears,

Kisah wedding kita slow-slow la cerita. Nanti saya buat auto-published entry untuk wedding..  ceh, macam vogue jer majlis nak part by part citer... ekekeke

Dulu masa mula-mula blogging, saja suka-suka. Dah takde keje buat kat universiti dulu masa final year. Kiranya blog ni aktiviti masa lapang la... Tapi kadang-kadang copy paste je dari blog orang lain. Sebab just nak share apa yang kita baca, pastu lagi 10 tahun pun boleh review balik apa yang kita baca. Nak pergi jenguk balik blog yang kita dah baca tu, memang tak la kot.. 

Masa tu almost classmate ada blog. Kadang-kadang kelakar juga baca kisah-kisah classmate ni dalam blog mereka. Tapi dahsyat juga penangan blog ni, boleh sampai gaduh-gaduh. Pensyarah pulak jenis suka blog-walking. Tersinggah blog student. Kecoh la jadinya bila ada hal-hal dalam kelas diceritakan dalam blog. Bila jadi kisah tu dulu, aktiviti blogging terus macam terbantut. Privatekan blog la, takut lecturer mari singgah blog kita juga. Hahaha...

Tapi sekarang, menulis blog ni ramai yang jadikan sebagai sumber pendapatan. Buat bisnes melalui blog, sewakan tapak iklan, buat advertorial la.. Menarik juga dapatkan duit dari blog. Sebenarnya walaupun dah bertahun berbelog, tapi tak pandai pun nak iklankan barang ke ape. Maybe blog ni tak ramai follower, jadi tak de untung la nak buat iklan bagai. Hehehe...

Tapi takpe la. Menulis blog ni tak boleh stress. Kena jiwa tenang, barulah apa yang kita rasa dapat kita luahkan. Selagi hayat dikandung badan, InsyaAllah blog ni ada entry. Tapi jarak entry tu tak tahu la lama mana.... Hahaha

See you soon!!





@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Rabu, 23 Disember 2015

Kisah Wedding : Baju Nikah, Veils dan Kasut

Assalamualaikum dears,

Meh la nak share sikit pasal wedding hari tu. Saya buat majlis akad nikah sekaligus dengan kenduri. Keluarga decide nak buat satu hari jer. Senang, tak menyusahkan keluarga nak datang banyak kali. Kos perbelanjaan pun akan jadi jimat. Makan sekali je.

Saya buat wedding saya sangat simple. Semua dilakukan sendiri. Persiapan cuma 2 bulan. Keluarga dia datang berbincang pun sebulan selepas raya Aidilfitri. Jadi masa sangat terhad nak buat persiapan melebih-lebih pon, 


Persalinan hari bersejarah tu sepasang je. Saya pilih warna putih susu (ke arah creamy sikit) untuk warna baju dan untuk hiasan pelamin, bunga dan doorgift saya pilih warna plum (pink+purple). Untuk baju nikah saya ni, umi saya yang jahit. Kain lace tu saya dah beli di Indonesia. Minta kawan la belikan masa dia belajar kat Indon dulu. I think about 3 years ago. Hahaha...lama kan.. Tapi sebab beli kat Indon, design dia rare la jugak. Jadi orang tengok lawa je. orang yang cakap ok... Harga kalau tak silap RM75 untuk 3 1/2 meter tu... Memang murah sangat dah tu.


Untuk kain alas di dalam, beli kain satin lembut. Harga dalam RM14/meter. Tak tahu nak cakap mahal ke murah. Sebenarnya rasa tak puas hati jugak dengan kain alas ni.. Sebab beli untuk buat baju melayu Mr. K jugak. Rasa kain tu terlalu licin pulak. Nak beli baru, banyak pulak duit habis.. Membebel jugak Mr. K tempoh hari... Ekekekeke... maaf bang!

Hiasan baju pengantin semua saya yang buat. Manik di bawah baju, lengan baju semua guna pearls 6mm warna putih mutiara. Pearls beli sikit untuk tambahan takut tak cukup yang sedia ada. Dalam RM4. Nak jahit la satu hal sebab kena jahit sebiji demi sebiji pearls tu.. Kang jahit biasa-biasa je jatuh pulak. Lagipun nanti kena marah dengan umi.. Habis design baju dia buat lawa-lawa... Hahaha.. Untuk finishing baju, umi letak manik lace yang berjuntai-juntai kat pinggang.. Nak cover perut sikit.. Hehehe... Manik tu beli kat Desa Murni Gong Kapas. Beli setengah meter je. Harga semeter RM40 tapi masa tu offer jadi RM20 ++... 


Baju melayu Mr. K umi jugak jahit. Terima kasih umi.. Walaupun beria dia cakap tak pandai jahit baju melayu tapi siap jugak akhirnya. Cuma seluar je hantar ke kedai. Sebab umi memang tak pandai. Nak nangis jugak lepas ambik seluar kat kedai. Sebab dia garis dengan kapur jahitan tu warna biru.. Dah la dia tekan kuat kapur tu atas kain.. Satu malam duk basuh benda tu je.. Letih sangat.

Veil pulak beli kain semeter setengah di Kamdar Kuala Terengganu... Beli kain lace yang RM14 semeter... memang mahal tapi sebab nak puaskan hati semua orang, beli je la... Plan asal nak beli kain chiffon jer, wat half moon, letak beads...siap..

kain veil ni lembut sangat, Ada corak-corak dah kain dia. Veil tu saya potong bentuk D. Sebenarnya setengah meter pun cukup sebab kain dia stretch. Lepas tambah beads, lagi jatuh dan flowy.. Hiasan kepala pinjam dengan kakak ipar. Dia buat sendiri benda tu. Canggih jugak hiasan dia.. 

Bunga tangan pon gubah sendiri. tema bunga tangan nak fresh flower tapi tak mampu nak beli bunga hidup. Lagipun kat terengganu payah benda-benda gitu. Nak kena order dulu la, kena ambik last minute pulak. Mana sempat. Akhirnya beli wild flower plastic kat Megalace Gong Badak. Cari design macam ala-ala bunga hutan kutip tepi jalan gitewwww... Pastu balut-balut dengan kertas untuk bagi kemas, balut dengan lebihan kain satin wat baju melayu, balut pulak dengan lebihan kain veil bagi efek mahal sikit bunga tangan buatan sendiri neh... Hahaha.. lawa jugak.. Ok la.. Pass untuk ambik gambar!


Kasut nikah tak ambik gambar close up. Tapi cerita kasut pun kelakar jugak. Beli kasut harga RM20 kat Kuantan Parade. Masa tu pergi dengan umi sebab nak jemput saudara-mara ke kenduri. 2 minggu sebelum nikah tu.. Tak nak beli kasut mahal-mahal sebab tahu dah tak pakai lepas tu, pastu warna putih pulak...macam kasut nurse. Kasut tu cadangnye nak buat ambik gambar atas pelamin jer. Tapi bila makan kat bawah, turun pakai kasut tu jugak, pergi hantar family lelaki balik pun pakai kasut tu pastu pergi outdoor pun pakai kasut tu... sebenarnya takde pun sesi  outdoor ni sebenarnya tapi photographer kata jom la, so pergi je laaa... Akhirnya kasut tu rabak di akhir photoshoot! Hahaha... umi dah bakar dah kasut tu lepas wedding. Memang one day je la pakai kasut tu. Thank you shoe!






 Nanti sambung lagi....



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Rabu, 16 Disember 2015

#2015mestikahwin Alhamdulillah dah tercapai~

Assalamualaikum dears,

Rupa-rupanya dah setahun blog ni tak bersiaran. Dalam setahun ni macam-macam dah berlaku. Tapi hashtag201mestikahwin dah tercapai. #2015mestikahwin

Alhamdulillah... Barulah stabil perasaan ni. Misi mencari dah tamat. hehehe... Lepas ni kita fokus kepada perkara-perkara untuk kemajuan keluarga dan diri je. Hal-hal remeh-temeh tak nak fikir dah. Belanja gambar kahwin 2 keping.


Meet my husband Mr. Mohamad Khairi.


Love this pic!

Tahniah juga buat saing kita Nadz yang kahwin bulan 5/2015. Dia pon sama geng #2015mestikahwin ni...

Ok la... ni entry salam je..

Citer pasal kahwin kemudian la..

Bila???

ERrrrrr

K, BYE!

























@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal