Assalamualaikum dears,
Meh la nak share sikit pasal wedding hari tu. Saya buat majlis akad nikah sekaligus dengan kenduri. Keluarga decide nak buat satu hari jer. Senang, tak menyusahkan keluarga nak datang banyak kali. Kos perbelanjaan pun akan jadi jimat. Makan sekali je.
Saya buat wedding saya sangat simple. Semua dilakukan sendiri. Persiapan cuma 2 bulan. Keluarga dia datang berbincang pun sebulan selepas raya Aidilfitri. Jadi masa sangat terhad nak buat persiapan melebih-lebih pon,
Persalinan hari bersejarah tu sepasang je. Saya pilih warna putih susu (ke arah creamy sikit) untuk warna baju dan untuk hiasan pelamin, bunga dan doorgift saya pilih warna plum (pink+purple). Untuk baju nikah saya ni, umi saya yang jahit. Kain lace tu saya dah beli di Indonesia. Minta kawan la belikan masa dia belajar kat Indon dulu. I think about 3 years ago. Hahaha...lama kan.. Tapi sebab beli kat Indon, design dia rare la jugak. Jadi orang tengok lawa je. orang yang cakap ok... Harga kalau tak silap RM75 untuk 3 1/2 meter tu... Memang murah sangat dah tu.
Untuk kain alas di dalam, beli kain satin lembut. Harga dalam RM14/meter. Tak tahu nak cakap mahal ke murah. Sebenarnya rasa tak puas hati jugak dengan kain alas ni.. Sebab beli untuk buat baju melayu Mr. K jugak. Rasa kain tu terlalu licin pulak. Nak beli baru, banyak pulak duit habis.. Membebel jugak Mr. K tempoh hari... Ekekekeke... maaf bang!
Hiasan baju pengantin semua saya yang buat. Manik di bawah baju, lengan baju semua guna pearls 6mm warna putih mutiara. Pearls beli sikit untuk tambahan takut tak cukup yang sedia ada. Dalam RM4. Nak jahit la satu hal sebab kena jahit sebiji demi sebiji pearls tu.. Kang jahit biasa-biasa je jatuh pulak. Lagipun nanti kena marah dengan umi.. Habis design baju dia buat lawa-lawa... Hahaha.. Untuk finishing baju, umi letak manik lace yang berjuntai-juntai kat pinggang.. Nak cover perut sikit.. Hehehe... Manik tu beli kat Desa Murni Gong Kapas. Beli setengah meter je. Harga semeter RM40 tapi masa tu offer jadi RM20 ++...
Baju melayu Mr. K umi jugak jahit. Terima kasih umi.. Walaupun beria dia cakap tak pandai jahit baju melayu tapi siap jugak akhirnya. Cuma seluar je hantar ke kedai. Sebab umi memang tak pandai. Nak nangis jugak lepas ambik seluar kat kedai. Sebab dia garis dengan kapur jahitan tu warna biru.. Dah la dia tekan kuat kapur tu atas kain.. Satu malam duk basuh benda tu je.. Letih sangat.
Veil pulak beli kain semeter setengah di Kamdar Kuala Terengganu... Beli kain lace yang RM14 semeter... memang mahal tapi sebab nak puaskan hati semua orang, beli je la... Plan asal nak beli kain chiffon jer, wat half moon, letak beads...siap..
kain veil ni lembut sangat, Ada corak-corak dah kain dia. Veil tu saya potong bentuk D. Sebenarnya setengah meter pun cukup sebab kain dia stretch. Lepas tambah beads, lagi jatuh dan flowy.. Hiasan kepala pinjam dengan kakak ipar. Dia buat sendiri benda tu. Canggih jugak hiasan dia..
Bunga tangan pon gubah sendiri. tema bunga tangan nak fresh flower tapi tak mampu nak beli bunga hidup. Lagipun kat terengganu payah benda-benda gitu. Nak kena order dulu la, kena ambik last minute pulak. Mana sempat. Akhirnya beli wild flower plastic kat Megalace Gong Badak. Cari design macam ala-ala bunga hutan kutip tepi jalan gitewwww... Pastu balut-balut dengan kertas untuk bagi kemas, balut dengan lebihan kain satin wat baju melayu, balut pulak dengan lebihan kain veil bagi efek mahal sikit bunga tangan buatan sendiri neh... Hahaha.. lawa jugak.. Ok la.. Pass untuk ambik gambar!
Kasut nikah tak ambik gambar close up. Tapi cerita kasut pun kelakar jugak. Beli kasut harga RM20 kat Kuantan Parade. Masa tu pergi dengan umi sebab nak jemput saudara-mara ke kenduri. 2 minggu sebelum nikah tu.. Tak nak beli kasut mahal-mahal sebab tahu dah tak pakai lepas tu, pastu warna putih pulak...macam kasut nurse. Kasut tu cadangnye nak buat ambik gambar atas pelamin jer. Tapi bila makan kat bawah, turun pakai kasut tu jugak, pergi hantar family lelaki balik pun pakai kasut tu pastu pergi outdoor pun pakai kasut tu... sebenarnya takde pun sesi outdoor ni sebenarnya tapi photographer kata jom la, so pergi je laaa... Akhirnya kasut tu rabak di akhir photoshoot! Hahaha... umi dah bakar dah kasut tu lepas wedding. Memang one day je la pakai kasut tu. Thank you shoe!
Nanti sambung lagi....
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)