Malam Ke-14 Ramadhan | Belle of Paradise


Pengikut

Khamis, 3 September 2009

Malam Ke-14 Ramadhan

Alhamdulillah....segala rase syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberiku peluang utk bernafas dalam bulan yg penuh keberkatan ini..Semoga Ramadhan tahun ini berjaya dihabiskan dengan cemerlang...InsyaAllah

Ni nk kongsi sikit pengisian semasa tazkirah ringkas antara solat terawih td..

Ustaz td cerita pasal pembentukan keluarga yang bahagia. Asas sebuah keluarga yang bahagia bermula dari ketaatan ahli keluarga itu kepada Allah S.W.T. Anak-anak mentaati ibu bapa, isteri mentaati suami dan suami mentaati Allah. Itu point utama die...elaboration die td x ingt sngt...

‘Jika kalian menginginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah supaya kuberikan kepada kalian mut’ah dan aku ceraikan kalian dengan cara yang baik’(al ahzab;28)

‘Dan jika kalian mengkehendakkan keredhaan Allah dan RasulNya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi sesiapa saja yang berbuat di antara kalian pahala yang besar’(al ahzab;29)

Sifat saling menghormati dalam ahli keluarga sangat diperlukan. Ini penting dalam menjaga hubungan dan untuk mewujudkan persefahaman dalam institusi keluarga itu. Oleh yang demikian, amatlah penting untuk memberi pendidikan agama seawal mungkin agar konsep ini dpat dihayati bukan sahaja oleh golongan tua malah yang palng muda. Anak-anak kecil harus dididik untuk mempunyai rasa tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain. Ini akan menjurus kepada pembentukan peribadi yang cemerlang.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan: “Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adil terhadap anak”.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu menunjukkan kasih sayang sepenuhnya.

Anak akan melihat dan menjadikan contoh kasih sayang itu kepada ibu bapanya.

Tidak rugi menunjukkan kasih sayang dalam keluarga kerana anak akan membalas kasih sayang itu apabila dia dewasa.

Kasih sayang datang daripada perasaan, bukan daripada pemberian wang ringgit atau yang berbentuk kebendaan. Kasih sayang lahir daripada jiwa suci dan murni.

Hari ini keruntuhan institusi keluarga amat ketara menyebabkan ramai ahli masyarakat yang tidak lagi percaya kepada institusi itu.

Ikatan antara ayah dan ibu semakin longgar. Tiada lagi kasih sayang wujud dalam keluarga manakala pengaruh Barat sudah menular dalam masyarakat kita.

Untuk memperbaiki kehidupan keluarga, seluruh ahli keluarga hendaklah menjadikan rumah sebagai asas menjalin kasih sayang dan keharmonian yang utuh.

Permulaan hubungan suami isteri juga hendaklah dilatari dengan penuh kemuliaan.. Allah berfirman dalam Al-Quran,"Jauhi zina, sesungguhnya ia akan membawa kepada kemudaratan dan kemungkaran.." Peliharalah diri sebelum berkahwin untuk mengelakkan kemungkaran dari Allah. Semoga hawa nafsu yang meliar, jinak dengan amalan di bulan Ramadhan ini.... InsyaAllah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal