Pengikut

Rabu, 15 Mei 2013

Salah sayakah?

Assalamualaikum dears,

Hari ni rasa penat sangat.
Heh! Lame x update belog than nak cerita pasal diri penat..
Jangan lariiiikkk!!!
Tolonglah dengar!

Malam tadi sampai hostel hampir2 kul 12 malam. Gosok gigi, cuci muka, tukar baju tidur dah kul 12 lebih. Pergi harvest artichokes dalam smurfvillage dulu. Ok, dah 12.21 am. Jom tidur.

Bangun pukul 6.12am sebab nak siap2 mandi, packing barang nak g lab terus. Sebab nak hantar Fatin ke terminal. Tiket dia kul 8 pagi. Okeyh, jom kita gerak pukul 7pagi. Pagi2 jalan ke Kuantan sibuk. Semua orang nak g kerja.. Perjalanan setengah jam boleh jadi sejam.

Ok, cun sampai terminal kul 7.55am. Tapi dah nervous jugak lah.. Sampai-sampai, driver bas ke KL cakap bas ke K.TRG tak sampai lagi.. Okeyh, butterfly dalam perut terus berkepak dengan irama gembira. Kul 8.15 am, bas tak sampai-sampai lagi dan tak nampak pulak ada orang lain macam nak ke Terengganu. Wah, rama-rama dalam perut kembali runsing. Terbang pun dah tak seirama. Tanya seorang sister kat depan, sis naik bas apa n nak g mana? Dia cakap g terengganu, bas kul 8 td.. tapi bas tak sampai-sampai lagi. Okeyh, kite ade geng!  Kite relax-relax je la..

Then, jarum jam yang panjang dah sampai angka enam. Ish, tak boleh jadi ni. Kena pergi tanya kat kaunter ni. Kelewatan melampau! Pergilah menapak ke kaunter bersama Fatin dalam hujan renyai-renyai, air lopak penuh di atas tar.. ikuti perbualan di bawah.

Saya: Pakcik, bas ke Terengganu kul 8pg tadi tak sampai lagi ke?

Pakcik: Oh, bas tu tunda ke 9.30pg. (dengan muka selamba)

Saya: Oh, yeke? Kenapa takde announcement pun?

Pakcik: MPK tak bangun tidur lagi, nak buat announcement macam mana?
(MPK stands for Majlis Perbandaran Kuantan. what? Apa kaitan dengan MPK pulak ni?)

Saya: Dah tadi saya dengar je orang lain (bas lain) buat announcement. At least buatlah announcement, xdelah saya tertunggu-tunggu.

Pakcik: Dah MPK takde. Tak leh wat announcement.
Makcik yang menyampuk: Kalau awak tengok belakang tiket bas tu, ada dia tulis syarikat berhak menunda perjalanan bas tanpa makluman awal kepada penumpang.
Pakcik: Kalau awak tak nak tiket tu, bagi balik. Nah amik balik duit awak ni. (sambil keluarkan duit dari drawer)

*masa ni dah panas hati!!

Saya: Pakcik, saya datang tanya jer. Bukan saya nak jual tiket.

Lepas tu saya terus blaaah dari kaunter. pergi duduk balik dan bertenang. Telefon umi cerita details, then dia suruh beli tiket baru, ambil balik duit tu. Ajar sikit orang tu)

Lepas tu saya gi cari tiket then g refund tiket lama.

Memang menguji kesabaran betul la. Macam ni ke kerja kat kaunter? Wah, berlagaklah lagi. Esok-esok Tuhan balaslah.. Suka-suka hati je nak buli insan yang lemah..

Tak cukup dengan itu, tambah lagi SV saya yang macam chipsmore.
Dari hari Isnin tak dapat-dapat jumpa dia. Last-last dia suruh tinggalkan documents tu bawah pintu.. Nanti dia sign dan letak kat rak di luar ofis dia. OK Fine!

Rasa macam terumbang-ambing hidup sebagai pelajar master. Rasa-rasa macam tak salah kalau ada niat nak berhenti belajar.

*Air mata sila jangan keluar sekarang*




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal